5 May 2017

how are you?

hi and assalamualaikum! 

bismillahirahmanirahim. ya allah kekoknya nak menaip kat blog sejak sekian lama tak menaip dan update apa apa langsung. aku pun tak tau aku sibuk apa sangat. sibuk ni alasan ja semua padahal banyak ja masa yang boleh update blog. lama menghilang dan lama tak blogwalking? yes! lama. sekarang baru rasa nak menaip balik. 

"eleh si june ni bila putus cinta ja mesti dia blogging balik"

apa cinta cinta? tak putus cinta pun okay. aku tak cinta pun 

ok im just kidding

ya putus cinta lagi 

hm

can we skip about cinta please? 

*skip*

actually banyak benda aku nak tulis simpan kat blog ni. boleh simpan untuk baca balik nanti. sem lepas (sem 2) aku join kelab taekwondo. aku main main ja masuk taekwondo ni sebab kelab lain dah penuh. so dengan rela paksa, masuk ja lah taekwondo. ingatkan kelab biasa biasa ja tapi trainingnya tak biasa ya tuan tuan dan puan puan. first day pi training rasa macam nak teriyak ja bila balik tu. masha allah cekang habis peha peha T.T

lama lama training rasa seronok pulak dengan taekwondo. haish. i can't stop kicking and punching! kalau takpi training rasa macam tak kena ja. takleh dok diam. dapat ilmu sambil berpeluh buang lemak. nais lah weh!


then hujung sem, 

sir tanya, "siapa nakpi tournament kat kuantan nanti?"

aku pun cam.... "hm teruk tak sir kalau pi?"

"ala kita pi belasah orang aje! pi kutip medal. awak suka makeup kan? haa boleh kita makeupkan org lain jugak (*makeup kat sini mean tumbuk org, eeeii sindir aku letuw)"

dengan semangat yang tinggi hati yang tabah, maka aku pun sertai tournament tersebut! tiap petang training. training teruk gila bapak! yang lagi best tu waktu training nakpi tournament tu bertembung dengan final exam. 

my second familyyyy *laaffff

hang boleh bayangkan dak betapa padatnya jadual aku time tu? sampai boyfriend pun aku abaikan. text kejap pastu aku terlena. dan tiap hari benda yang sama berulang sampaila hari tournament. masa ada kat kuantan lagi la aku abaikan dia. yes sibuk ngan letih apa semua. pastu dia macam kecik hati la kot. text nak tak nak ja. aku pun panaih. pastu aku biaq ja. serabut pala pikiaq pun. hari aku sparring tu aku lepas cukup cukup kat partner lawan tu. sumpah serabut. tumbuk kick apa sampai puas hati haa

haish *sorry tersendu ceta lama

*skip


tumbuk kick entah apa apa. akhirnya aku menang dapat no 3. ahahaha GG. tak sangka pun nak menang. aku tumbuk lepas geram sebab pala otak serabut ja. syukur alhamdulillah. first time join tournament kot, kira okayla dapat no 3. aku baru ja yellow belt calit hijau tau. pastu dapat partner lawan yang green belt. masha allah. licik sungguh


conclusion?

jangan campur aduk masalah cinta dengan life goals.

kalau hilang cinta, biarkan saja. patah tumbuh hilang berganti. 

alhamdulillah thanks to allah i found the good in goodbye. no hate just love. i'm move on. a new love? why not kan, cuma jangan expect tinggi ja. follow the flows. hey! june dah tak meroyan macam dulu okay. banyak chill sekarang

i'm glad

i'm blessed

allah dah letak noktah dan aku tak persoalkan lagi. redha dan ikhlas lepas. dan allah dah gantikan dengan baru. sumpah sebak bila selama ni hang dapat treat macam sampah then hang dapat treat yang baik gila. yang sentiasa dengar setiap masalah hang, yang sentiasa hiburkan hang bila hang sedih ngan messed up

syukur alhamdulillah

yang baik datang daripada allah, yang buruk datang dari aku sendiri

assalamualaikum ;)

16 Sep 2016

sharifah zulaikha


hi! 

semester break dah nak habis. yeay! balik menghadap beberapa kuliah lagi dan final exam dah nanti yeay! assignment pun tak habis lagi tapi lepas semester break ni dah kena submit kat lect. yeay! allah! aku boleh rilek chill watlek watpeace lagi ni aahahahaha damn! 

semalam member aku ajak keluar jejalan sebelum dia balik pi politeknik ungku omar, perak. nanti rindu katanya. actually last masa kami dua jumpa masa ambik result spm bulan mei haritu. then lepas tu dia fly gi indon. sambung belajar kat sana buat sementara waktu. ada lah dalam dua bulan getu sementara keputusan upu nak keluar. 

dia kata dia memang tak dapat upu dah sebab tu dia pilih untuk sambung belajar kat indon bidang engineering. dan sampai lah hari keputusan upu diumumkan, aku dengan dia tak dapat upu. isi U sama sama tapi dua dua tak dapat. okay la takpa, bukan rezeki kami dua kan. so aku  dengan dia pun move on dengan cara masing masing. dia sambung belajar kat sana. aku sambung belajar kat sini as pelajar tingkatan 6.

then macam mana kami berdua boleh dapat poli? dapat masa second intake haa. lambat dari first intake dalam dua minggu getu lah. actually tak nak mintak pun untuk second intake tapi disebabkan orang sekeliling push untuk mohon, maka mohon jugakla. alhamdulillah. aku dengan dia dapat cuma berlainan course dengan poli ja. 

so dia balik dari indon sambung belajar kat perak. and yah alhamdulillah kami berdua masih berkawan sampai sekarang even dah belajar kat tempat lain lain. even dah tak selalu keluar bersama. selalu whatsapp dan call. alhamdulillah bertuah ada kawan macam dia walaupun gila eheheheeehehehee

kami lepak kat blackwood coffee & chocolate, update tentang life memasing. lama jugak dok kat situ. banyak cerita tak terkata. maklum laa lama tak jumpa T.T

ni haa eka gila ahahahaha


kita ambik gambar dia 

vs 

dia ambik gambar kita

...
blur.. T.T



....

overlighting...

T.T 



..........................

our faveret freakshake







crush!

meja kami dua bersebelahan dengan mamat spek ni. chinese rasanya. tak pasti jugak. tapi semart. sedap mata memandang. dia dok sorang ja. aku usha ja. cuci mata. terpikat jugak tapi lek ja. terpikat tak semestinya cinta. teew! 

mungkin laki orang, mungkin bf orang, or mungkin gay! ahahahaha. dia pun curi curi pandang. agaknya pelik laa kot. yala kami dua sembang hingaq gila. gelak tak kesah kat orang sekeliling. gadoh and tengkaq apa semua. agaknya dia rimas la kot. yala, nak hirup coffee ni memerlukan ketenangan bukan bising gila macam kami dua ni eeheheeheehehehee