16 Sep 2016

sharifah zulaikha


hi! 

semester break dah nak habis. yeay! balik menghadap beberapa kuliah lagi dan final exam dah nanti yeay! assignment pun tak habis lagi tapi lepas semester break ni dah kena submit kat lect. yeay! allah! aku boleh rilek chill watlek watpeace lagi ni aahahahaha damn! 

semalam member aku ajak keluar jejalan sebelum dia balik pi politeknik ungku omar, perak. nanti rindu katanya. actually last masa kami dua jumpa masa ambik result spm bulan mei haritu. then lepas tu dia fly gi indon. sambung belajar kat sana buat sementara waktu. ada lah dalam dua bulan getu sementara keputusan upu nak keluar. 

dia kata dia memang tak dapat upu dah sebab tu dia pilih untuk sambung belajar kat indon bidang engineering. dan sampai lah hari keputusan upu diumumkan, aku dengan dia tak dapat upu. isi U sama sama tapi dua dua tak dapat. okay la takpa, bukan rezeki kami dua kan. so aku  dengan dia pun move on dengan cara masing masing. dia sambung belajar kat sana. aku sambung belajar kat sini as pelajar tingkatan 6.

then macam mana kami berdua boleh dapat poli? dapat masa second intake haa. lambat dari first intake dalam dua minggu getu lah. actually tak nak mintak pun untuk second intake tapi disebabkan orang sekeliling push untuk mohon, maka mohon jugakla. alhamdulillah. aku dengan dia dapat cuma berlainan course dengan poli ja. 

so dia balik dari indon sambung belajar kat perak. and yah alhamdulillah kami berdua masih berkawan sampai sekarang even dah belajar kat tempat lain lain. even dah tak selalu keluar bersama. selalu whatsapp dan call. alhamdulillah bertuah ada kawan macam dia walaupun gila eheheheeehehehee

kami lepak kat blackwood coffee & chocolate, update tentang life memasing. lama jugak dok kat situ. banyak cerita tak terkata. maklum laa lama tak jumpa T.T




..........................

our faveret freakshake







crush!

meja kami dua bersebelahan dengan mamat spek ni. chinese rasanya. tak pasti jugak. tapi semart. sedap mata memandang. dia dok sorang ja. aku usha ja. cuci mata. terpikat jugak tapi lek ja. terpikat tak semestinya cinta. teew! 

mungkin laki orang, mungkin bf orang, or mungkin gay! ahahahaha. dia pun curi curi pandang. agaknya pelik laa kot. yala kami dua sembang hingaq gila. gelak tak kesah kat orang sekeliling. gadoh and tengkaq apa semua. agaknya dia rimas la kot. yala, nak hirup coffee ni memerlukan ketenangan bukan bising gila macam kami dua ni eeheheeheehehehee

14 Sep 2016

cheat day teneettttneet

hi!

aku senarnya tengah buat atkin diet since awal tahun lagi, 1 jan 2016. alhamdulillah. dari status obesiti cuma tukaq jadi overweight ja. nak kata nampak makin lawa, dak jugak. aku dok rasa diri dok gemuk macam tu jugak. mungkin sebab hari hari dok belek badan sendiri kat cermin jugak kot. bangun pagi tengok cermin, ah gemuk lagi. masa nak tidoq tengok cermin, haish gemuk lagi. aku tak perasan sangat dengan perubahan diri sendiri tapi kawan kawan ramai la perasan. then ada certain kawan aku dah tak kenal aku. bila terserempak kat mana mana depa tak teguq pun sebab tak kenai. tskkkk T.T

"aku takleh buang imej hang yang gemuk dari otak aku. gila babuunn, hang kuruih dah?" 

harey, sedih gila dengaq T.T

cerita tentang kejayaan weight loss aku ni panjang lagi. next post lah aku ceritakan satu per satu. tak mudah senarnya nak kawal hati perasaan nafsu makan ni. lagi lagi bila aku seorang yang kuat makan dari kecik lagi. tak kira apa, semua sumbat masuk dalam mulut ja T.T

diet aku selalu turun naik turun naik. kejap kat darat. kejap terjun laut. tapi bila masuk mana mana kedai bakery, memang habeh terjun laut. emphhhh! sedapppp

2 hari lepas, aku masuk kedai bakery. actually cuma nak jenguk jenguk ja. tapi dah alang jenguk jenguk, hentam dua tiga pieces takpa kot. eheehehehehe. syaiton nirojim gila hati aku bisik suh cheat. bukan selalu katanya. masuk kedai bakery maka haruslah kita ambik gambaq jugak ahaaa! ya allah, still terliur nak makan lagi! 








dok belek gambar gambar ni lagi. still rasa takleh move on. lembut gila bila masuk mulut and gigit. kalau cheat selalu, alamatnya gemuk balik ler emph. nak makan lagi T.T

p/s : gambar yang ditangkap hanya menggunakan kamera handphone samsung galaxy grand prime. jangan ingat aku angkut dslr masuk kedai bakery pulak nanti

10 Sep 2016

my fufu

hi! 

buas gila anak kucing yang sepupu aku baru bagi ni. sumpah buas. nama fufu. mata sebelah perang koko. sebelah lagi warna biru. first time tengok aku jatuh cinta teruih. tak cakap banyak. teruih terima bawak balik rumah ja even dia gegirl pun. mama potpetpotpet jugak sebab dia gegirl kan. nanti mesti beranak banyak. uish lagi lah seronok kucing banyak kat rumah tapi kan...kos whiskas pun koih meningkat laa T.T 

fufu selalu teman aku study tengah malam. bila kita dok stress ngan study, dia lompat naik ataih peha pastuih tenung kita. allahu. tak kuat tengok pun. manja gila. tapi bila dia start perangai buas dia tu, habis kotak pencil kertaih apa semua dia punggah T.T


9 Sep 2016

the kucingkucing

hi!

kat rumah aku ada 3 ekoq kucing. dulu ada dua ekoq ja, duadua tu jantan. depa kerap gila gaduh. sampai sekoq kena duk luaq rumah, sekoq dalam rumah. kalau peluk ka dukung, aku kena dukung dua dua tu sekali. nanti sekoq lagi merajuk T.T

 dah hadap whiskas tu bukan nk ingat tuan dah em

pastuih kucing kat rumah sepupu aku baru ja beranak. banyak ekoq jugak. depa pun tak larat nak bela. pastuih ejas mai kat aku. mentang mentang laa aku suka kucing dan aku takleh reject kucing. pantang ja nampak kucing, semua nak bawak balik rumah nak bela, nak jaga. 

dulu masa form 1, aku bawak balik anak kucing jalanan, boh dalam beg sekolah. balik rumah, aku senyap ja. tak bagitau mama pun. pastuih kucing tu ngiaw ngiaw. mama hingaq satu rumah. yala. dia tak berapa berkenan sangat dengan kucing. tapi anak dia berkenan nak buat gumana. why you should benci kucing maa, whyyy T.T

papa okay ja bagi bela asalkan aku jaga dengan elok. tapi mama ni payah sikitla sebab dia alahan dengan bulu kucing ni. pantang ada bulu kucing or habuk sikit, mulalah nak bersin tetiba esok lusa nak demam. antibody dia tak kuat la kot hm. pujuk punya pujuk. tak jalan. mama tak makan pujuk. dia tetap tegas suh papa pi buang anak kucing tu. perasaan aku time tu? sumpah patah hati gila. curi teriyak sorang laa lam bilik ayaq T.T

pastuih aku merajuk ngan mama seminggu lebih jugak. nampak anak dia senyap ja, dia pun tak gamak la kot. tetiba bagi kelonggaran untuk bela kucing. hat kita dapat tau kata buleh bela kucing dah, teruih senyum sampai ke telinga. hilang semua merajuk ahahahaha ngiawww. alhamdulillah. dapat bela kucing since form 1 sampai laa sekarang

https://pbs.twimg.com/media/Cqt_0GDUsAAiKkj.jpg


sunyi tau dak dok rumah sorang takdak adik beradik nak main bersama. tuu yang berkenan kat kucing. mungkin sebab aku anak bongsu jugak kot sebab tu aku sunyi. aku cuma ada dua adik beradik ja kot. masa form 1 tu abang aku ada kat sabah. tengah ditraining  sebagai polis. masa dia nakpi sabah tu pun aku teriyak. kucingla sebagai peneman waktu tidoq, waktu study, waktu takdak sapa sapa kat rumah, waktu tengah heartbroken apa bagai semua. kucing adalah segalanya dan yaa, whiskas pun mahai. kucing pun kuat makan cam tuan dia TT...TT

sekoq lagi jarang dia nak bagi tangkap gambar. asalkan nampak phone dia tak mau mai dekat herm

7 Sep 2016

banyaknya keja

hi! 

kuiz kedua management semalam dah settle. alhamdulillah masuk jugak apa yang aku baca. yang mana aku taktau aku hentam ja ehem ;p

lepas kuiz management, lect bagi satu project pulak untuk diselesaikan, dipresentkan dan disubmitkan pada dia nanti. okay then, pada hari yang sama juga lect osha bagi tajuk untuk project subject dia jugak. yang ketiga, e-folio pengajian malaysia pun ada. ketiga tiga kerja ni kena submit selepas hari raya haji. paling lewat pun hujung bulan 9 ni. ohohoho seronoknya T.T


boringnya T.T

letih belajar, letih lagi masa waktu koko. malas feat mengantuk feat meluat. berjam jam duk dalam dewan tu dengar depa potpetpotpet. rasa menyesal pun ada aku masuk pengakap. waktu koko start dari kui 2 ptg sampai kui 4 ja. tapi depa lajak sampai kui 6. dok buat natang paa lama lama sangat. tepuk tepuk tangan nyanyi getu getu pun jadila. dah sampai waktunya, bagi laa balik. ini tahan sampai kui 6 pasaipa. masa hat terluang tu buleh buat banyak kerja tau dak. dok hadap koko lama lama bukan buleh upkan pointer pun. dah isi pengakap. nak keluar takleh dah. sis tabah sampai habis sem 1 ni sobsobsob T.T

lama dah kot aku tak blogwalking. sambil siapkan keja lect bagi, sambil blogwalking buleh kot

5 Sep 2016

kuiz statistic & test 1 done!

hi!

kuiz statistic yang kedua dah habis yeay. harini dapat markah test 1 haritu. alhamdulillah. markah membanggakan. 84/100 weh! seronok kemain. tapi kan bila semak balik, aku silap sikit ja. aku salah kira varience then jawapan tu drag turun pi standard deviation dan jawapan pcs 2 pun salah sebabkan nilai varience aku salah T.T

bagi yang ambik sub statistic tu tau la apa itu varience semua tu. mudah ja test 1 haritu. tapi aku careless. sayangnya. takpa lah. dah bukan rezeki untuk dapat full marks kan T.T

carry mark 50%, final exam 50%. lect aku suh fokuskan carry mark, lagi tinggi carry mark, lagi mudah nak skor. final exam nanti takyah laa gelabah sangat. so far untuk subject statistic ni aku puaih hati laa dengan prestasi aku. alhamdulillah allah permudahkan segalanya

cuma aku risau gila dengan principles of management ni. quiz kedua sepatutnya buat hari khamis ni. tapi puan management tu nak buat esok. ya allah sis kelam kabut teruk T.T

entahlah berapa banyak markah carry mark yang aku dapat kutip untuk sub management ni. risau feat serabut. taknak laa repeat paper woi. aku perhati ramai ja senior sem lepaih still masuk kelas management sekali dengan kami semua. ramai weh. ramai. next sem, aku takmau laa jadi salah seorang senior yang join kelaih management sekali dengan junior T.T

kelam kabut untuk kuiz management esok, sempat lagi aku menaip naip ni em. tadi study kejap ja. then aku tertidoq. pastuih tersedaq. aku scroll phone bukak tu bukak ni then tertidoq balik. baguih T.T


4 Sep 2016

tunggang langgang

blogpost hat lama aku drafkan. ada certain ceta yang dah lapuk. dah jadi kenangan semua dah. lebih baik aku simpan untuk baca sendiri. since aku masuk poli, hidup aku hari hari kira sibuk jugak. tambah tambah lagi hujung hujung sem ni. macam macam keja lect bagi. final exam, bulan 10 ni. tak lama lagi dah la kalau tolak cuti, tidoq, waktu layan drama korea *eh

lama aku menghilang dari menaip. entah kenapa. rasa macam tawar hati dengan semua benda. adakah disebabkan putuih cinta? ahahahaha mengada ampa! tapi herm.... ada betulnya jugak tu. aku heartbroken. tapi so far dah okayla. aku dah okay. don't worry be happy. apalah sangat dengan cinta kan. aku dah usaha sebaik mungkin. dah allah letak noktah takkan aku nak letak tanda tanya lagi? allah dah atuq cantik cantik dah. kita follow the flow ja

hari hari dok hadap buku untuk exam bulan 10 nanti. aku takmau memain macam masa spm lagi tau dak. menyesal tak sudah sampai lani. padan muka sapa suh malaih penyegan sangat T.T

4 subject utama untuk kos akauntansi sem 1 takdaklah susah mana. senang ja. hari hari latih diri ngan soalan past year. dok rasa okay ja. cuma subject principles of management ja yang aku rasa tak berapa nak buleh sangat. yala. subject management ni kena baca banyak, hafal teori dan sebagainya. aku suka subject mengira. bukan membaca T.T

stress jugak hari hari kat meja study sampai 5, 6 jam. tapi seronok tau dak bila study lama lama. bila kita dah paham, kita jadi seronok haa. tapi tu laa. letih jugak emm. lepas study, aku tidoq ja teruih. bangun pagi bersiap pi kelaih, habeh kelaih kalau tak larat, tidoq sat pastuih bangun study. then repeat benda yang sama. at the same time, buleh laa tulung aku untuk move on sikit demi sikit. bila diri penat, letih, kita takkan pikiaq sangat benda yang lepaih lepaih ni

tetiba lapaq kepsi ni pasaipa taktau -__-