16 Sep 2016

sharifah zulaikha


hi! 

semester break dah nak habis. yeay! balik menghadap beberapa kuliah lagi dan final exam dah nanti yeay! assignment pun tak habis lagi tapi lepas semester break ni dah kena submit kat lect. yeay! allah! aku boleh rilek chill watlek watpeace lagi ni aahahahaha damn! 

semalam member aku ajak keluar jejalan sebelum dia balik pi politeknik ungku omar, perak. nanti rindu katanya. actually last masa kami dua jumpa masa ambik result spm bulan mei haritu. then lepas tu dia fly gi indon. sambung belajar kat sana buat sementara waktu. ada lah dalam dua bulan getu sementara keputusan upu nak keluar. 

dia kata dia memang tak dapat upu dah sebab tu dia pilih untuk sambung belajar kat indon bidang engineering. dan sampai lah hari keputusan upu diumumkan, aku dengan dia tak dapat upu. isi U sama sama tapi dua dua tak dapat. okay la takpa, bukan rezeki kami dua kan. so aku  dengan dia pun move on dengan cara masing masing. dia sambung belajar kat sana. aku sambung belajar kat sini as pelajar tingkatan 6.

then macam mana kami berdua boleh dapat poli? dapat masa second intake haa. lambat dari first intake dalam dua minggu getu lah. actually tak nak mintak pun untuk second intake tapi disebabkan orang sekeliling push untuk mohon, maka mohon jugakla. alhamdulillah. aku dengan dia dapat cuma berlainan course dengan poli ja. 

so dia balik dari indon sambung belajar kat perak. and yah alhamdulillah kami berdua masih berkawan sampai sekarang even dah belajar kat tempat lain lain. even dah tak selalu keluar bersama. selalu whatsapp dan call. alhamdulillah bertuah ada kawan macam dia walaupun gila eheheheeehehehee

kami lepak kat blackwood coffee & chocolate, update tentang life memasing. lama jugak dok kat situ. banyak cerita tak terkata. maklum laa lama tak jumpa T.T

ni haa eka gila ahahahaha


kita ambik gambar dia 

vs 

dia ambik gambar kita

...
blur.. T.T



....

overlighting...

T.T 



..........................

our faveret freakshake







crush!

meja kami dua bersebelahan dengan mamat spek ni. chinese rasanya. tak pasti jugak. tapi semart. sedap mata memandang. dia dok sorang ja. aku usha ja. cuci mata. terpikat jugak tapi lek ja. terpikat tak semestinya cinta. teew! 

mungkin laki orang, mungkin bf orang, or mungkin gay! ahahahaha. dia pun curi curi pandang. agaknya pelik laa kot. yala kami dua sembang hingaq gila. gelak tak kesah kat orang sekeliling. gadoh and tengkaq apa semua. agaknya dia rimas la kot. yala, nak hirup coffee ni memerlukan ketenangan bukan bising gila macam kami dua ni eeheheeheehehehee

8 comments:

Faizah Syakira said...

macam sedap je yang korang minum tu. :D

Gee Lion said...

saya dulu pon masuk form 6 juga, lepas habis form 6 baru dapat masuk U.
lain orang, lain rezekinya kan.
apa pon yg menjadi pilihan, moga segala urusan dipermudahkan Tuhan. ^_^

p/s : mat cina tu dok jeling pasal dia pun nak try usha hangpa kot. hehehe..

Mia Liana said...

makk aiii.. tergoda ni...

ppsttt.. jemput join giveaway mia ya... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

Eeiou _ said...

melelehhhhhhh TT__TT

Shaidatul Aireen said...

meleleh air liur tengok yang dalam cawan tuuuu

Nabila Syifa said...

sedapnya oreo tuuu,nk satu

Farhanah Afiqah said...

Lol sempat pulak usha orang XD. Selalu gak lalu Blackwood tapi tak pernah try lagi hehe.

adiba rusli said...

sedapnyaaaaa air yg ada oreoo tu:)