4 Sep 2016

tunggang langgang

blogpost hat lama aku drafkan. ada certain ceta yang dah lapuk. dah jadi kenangan semua dah. lebih baik aku simpan untuk baca sendiri. since aku masuk poli, hidup aku hari hari kira sibuk jugak. tambah tambah lagi hujung hujung sem ni. macam macam keja lect bagi. final exam, bulan 10 ni. tak lama lagi dah la kalau tolak cuti, tidoq, waktu layan drama korea *eh

lama aku menghilang dari menaip. entah kenapa. rasa macam tawar hati dengan semua benda. adakah disebabkan putuih cinta? ahahahaha mengada ampa! tapi herm.... ada betulnya jugak tu. aku heartbroken. tapi so far dah okayla. aku dah okay. don't worry be happy. apalah sangat dengan cinta kan. aku dah usaha sebaik mungkin. dah allah letak noktah takkan aku nak letak tanda tanya lagi? allah dah atuq cantik cantik dah. kita follow the flow ja

hari hari dok hadap buku untuk exam bulan 10 nanti. aku takmau memain macam masa spm lagi tau dak. menyesal tak sudah sampai lani. padan muka sapa suh malaih penyegan sangat T.T

4 subject utama untuk kos akauntansi sem 1 takdaklah susah mana. senang ja. hari hari latih diri ngan soalan past year. dok rasa okay ja. cuma subject principles of management ja yang aku rasa tak berapa nak buleh sangat. yala. subject management ni kena baca banyak, hafal teori dan sebagainya. aku suka subject mengira. bukan membaca T.T

stress jugak hari hari kat meja study sampai 5, 6 jam. tapi seronok tau dak bila study lama lama. bila kita dah paham, kita jadi seronok haa. tapi tu laa. letih jugak emm. lepas study, aku tidoq ja teruih. bangun pagi bersiap pi kelaih, habeh kelaih kalau tak larat, tidoq sat pastuih bangun study. then repeat benda yang sama. at the same time, buleh laa tulung aku untuk move on sikit demi sikit. bila diri penat, letih, kita takkan pikiaq sangat benda yang lepaih lepaih ni

tetiba lapaq kepsi ni pasaipa taktau -__-

No comments: