5 Sep 2016

kuiz statistic & test 1 done!

hi!

kuiz statistic yang kedua dah habis yeay. harini dapat markah test 1 haritu. alhamdulillah. markah membanggakan. 84/100 weh! seronok kemain. tapi kan bila semak balik, aku silap sikit ja. aku salah kira varience then jawapan tu drag turun pi standard deviation dan jawapan pcs 2 pun salah sebabkan nilai varience aku salah T.T

bagi yang ambik sub statistic tu tau la apa itu varience semua tu. mudah ja test 1 haritu. tapi aku careless. sayangnya. takpa lah. dah bukan rezeki untuk dapat full marks kan T.T

carry mark 50%, final exam 50%. lect aku suh fokuskan carry mark, lagi tinggi carry mark, lagi mudah nak skor. final exam nanti takyah laa gelabah sangat. so far untuk subject statistic ni aku puaih hati laa dengan prestasi aku. alhamdulillah allah permudahkan segalanya

cuma aku risau gila dengan principles of management ni. quiz kedua sepatutnya buat hari khamis ni. tapi puan management tu nak buat esok. ya allah sis kelam kabut teruk T.T

entahlah berapa banyak markah carry mark yang aku dapat kutip untuk sub management ni. risau feat serabut. taknak laa repeat paper woi. aku perhati ramai ja senior sem lepaih still masuk kelas management sekali dengan kami semua. ramai weh. ramai. next sem, aku takmau laa jadi salah seorang senior yang join kelaih management sekali dengan junior T.T

kelam kabut untuk kuiz management esok, sempat lagi aku menaip naip ni em. tadi study kejap ja. then aku tertidoq. pastuih tersedaq. aku scroll phone bukak tu bukak ni then tertidoq balik. baguih T.T