9 Sep 2016

the kucingkucing

hi!

kat rumah aku ada 3 ekoq kucing. dulu ada dua ekoq ja, duadua tu jantan. depa kerap gila gaduh. sampai sekoq kena duk luaq rumah, sekoq dalam rumah. kalau peluk ka dukung, aku kena dukung dua dua tu sekali. nanti sekoq lagi merajuk T.T

 dah hadap whiskas tu bukan nk ingat tuan dah em

pastuih kucing kat rumah sepupu aku baru ja beranak. banyak ekoq jugak. depa pun tak larat nak bela. pastuih ejas mai kat aku. mentang mentang laa aku suka kucing dan aku takleh reject kucing. pantang ja nampak kucing, semua nak bawak balik rumah nak bela, nak jaga. 

dulu masa form 1, aku bawak balik anak kucing jalanan, boh dalam beg sekolah. balik rumah, aku senyap ja. tak bagitau mama pun. pastuih kucing tu ngiaw ngiaw. mama hingaq satu rumah. yala. dia tak berapa berkenan sangat dengan kucing. tapi anak dia berkenan nak buat gumana. why you should benci kucing maa, whyyy T.T

papa okay ja bagi bela asalkan aku jaga dengan elok. tapi mama ni payah sikitla sebab dia alahan dengan bulu kucing ni. pantang ada bulu kucing or habuk sikit, mulalah nak bersin tetiba esok lusa nak demam. antibody dia tak kuat la kot hm. pujuk punya pujuk. tak jalan. mama tak makan pujuk. dia tetap tegas suh papa pi buang anak kucing tu. perasaan aku time tu? sumpah patah hati gila. curi teriyak sorang laa lam bilik ayaq T.T

pastuih aku merajuk ngan mama seminggu lebih jugak. nampak anak dia senyap ja, dia pun tak gamak la kot. tetiba bagi kelonggaran untuk bela kucing. hat kita dapat tau kata buleh bela kucing dah, teruih senyum sampai ke telinga. hilang semua merajuk ahahahaha ngiawww. alhamdulillah. dapat bela kucing since form 1 sampai laa sekarang

https://pbs.twimg.com/media/Cqt_0GDUsAAiKkj.jpg


sunyi tau dak dok rumah sorang takdak adik beradik nak main bersama. tuu yang berkenan kat kucing. mungkin sebab aku anak bongsu jugak kot sebab tu aku sunyi. aku cuma ada dua adik beradik ja kot. masa form 1 tu abang aku ada kat sabah. tengah ditraining  sebagai polis. masa dia nakpi sabah tu pun aku teriyak. kucingla sebagai peneman waktu tidoq, waktu study, waktu takdak sapa sapa kat rumah, waktu tengah heartbroken apa bagai semua. kucing adalah segalanya dan yaa, whiskas pun mahai. kucing pun kuat makan cam tuan dia TT...TT

sekoq lagi jarang dia nak bagi tangkap gambar. asalkan nampak phone dia tak mau mai dekat herm